Posts

PELAKON PUNGUT MEMBAWKAN WATAK HUMINODUN DIPUJI

Image
Beberapa hari lalu, sebuah video pendek bertajuk "Lagenda Huminodun" yang menceritakan tentang sebuah lagenda pengorbanan seorang gadis Kadazan Dusun di sabah suatu ketika dahulu untuk membawa kepada kehidupan masyarakat yang dilanda kemarau berpanjangan. Kisah ini telah dilakonkan semula yang dipimpin oleh anak muda kelahiran Kota Belud iaitu (Mus). Video pendek yang berdurasi 5 minit tersebut yang dimuat naik di youtube telah menarik perhatian ramai apabila menampilkan barisan pelakon "pungut-pungut" (rambang) namun telah membawakan watak cerita tersebut dengan baik.  Menurut pengarah video ketika dihubungi oleh kami, beliau mengatakan bahawa rancangan membuat video tersebut adalah sempena dengan perayaan Pesta Tadau Kaamatan yang tahun ini dilakukan secara berlainan berbanding tahun-tahun lalu ekoran Covid-19.  Beliau juga menyatakan bahawa barisan pelakon dalam video tersebut adalah hanya "on the spot" tiada perbincangan dan tiada persediaan.  Sehubu...